Monday, 25 February 2013

Teks : Keluarga Bahagia




Tajuk : Keluarga bahagia




Setiap orang menginginkan sebuah keluarga yang bahagia. Ciri keluarga bahagia ialah semua ahli keluarga hidup dalam suasana gembira, ceria dan sentiasa sayang-menyayangi.Keluarga yang bahagia akan sentiasa menyokong satu sama yang lain dan saling bertolak ansur.

Nama ayah saya ialah Mohd Yusuf Mahmod. Ayah saya seorang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab. Beliau bekerja sebagai seorang guru.. Sebagai ketua keluarga, ayah saya telah membeli sebuah rumah yang indah sebagai tempat perlindungan kami sekeluarga.

Nama ibu saya ialah Nurhaliza Imran. Ibu saya seorang yang baik hati dan penyabar. Beliau selalu memberikan segala keperluan yang saya perlukan. Ibu saya bukan sahaja bekerja di pejabat, malah ibu saya bertanggungjawab menguruskan makan minum kami sekeluarga.

Saya mempunyai 2 orang adik beradik. Kakak saya bernama Ain Nurlisa. Saya merupakan anak bungsu. Kakak saya sering mempertahankan saya apabila budak-budak nakal cuba mengganggu saya. Saya sayang kakak saya. Beliau merupakan kakak dan juga sahabat baik saya.

Nama saya ialah Ain Dahlia. Saya berumur 10 tahun. Saya suka membantu ibu bapa saya ketika waktu lapang.Saya amat menyayangi keluarga saya. Saya bersyukur kerana diberikan sebuah keluarga yang bahagia

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.