Monday, 25 February 2013

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tahun               :  4 Nilam
Bilangan murid  :  30 orang
Masa                :  7.30-8.30 pagi
Tema                :  Keluargaku sayang
Tajuk               :  Keluarga Bahagia



Fokus utama      :  5.1       Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan

intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

                       Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera
dengan intonasi yang betul


Fokus sampingan  :  8.1     Membina dan menulis perkataan ayat tunggal dan ayat
majmuk.
                     Aras 1 (i)   Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan
topik yang diberikan.



Objektif  :
Akhir pembelajaran, murid dapat :
        i)    membaca kuat teks “Keluarga Bahagia” dengan sebutan dan intonasi yang
            betul.
        ii)   menggunakan kata  panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai
             mengikut situasi dalam perbualan.
        iii)   membina ayat tunggal  berdasarkan kata kerja dengan betul.

SISTEM BAHASA
  1. Tatabahasa – Kata panggilan dan kata ganti nama diri
Pengisian kurikulum
  1. Ilmu : Pendidikan Moral
  2. Nilai : Kasih sayang
Kemahiran bernilai tambah
  1. Kemahiran berfikir - menjana idea, mengkategori
ALAT BANTU MENGAJAR
  1. Video “Lagu Keluarga Bahagia-Saujana”
  2. Teks cerita “ Keluarga Bahagia”
  3. Komputer
  4. LCD
PENGETAHUAN SEDIA ADA
  1. Murid mampu bercerita tentang keluarga mereka.
  2. Murid telah dapat menguasai kemahiran membaca berdasarkan pembelajaran sebelumnya.
ISI PELAJARAN
Aktiviti  pengajaran  dan pembelajaran
Catatan
  • Video “Lagu Keluarga Bahagia- Saujana”.
  • Soalan :
  1. Apakah keluarga?
  2. Keluarga terdiri daripada?
  3. Anda sayang keluarga anda?
Set Induksi (5 minit)
  • Guru menayangkan tayangan video lagu  "Keluarga Bahagia”
  • Murid bersoal jawab dengan guru berdasarkan video dan lirik lagu tersebut.

Kemahiran  berfikir
Nilai  : Kasih sayang
BBM  :

Rujuk LAMPIRAN 1
  • Teks “Keluarga Bahagia”
  • Soalan :
  1. Apakah peranan ayah?
  2. Apakah sifat ibu?
  3. Apakah sifat kakak?
Langkah 1 (20 minit):
  • Guru meminta murid untuk membaca kuat teks tentang “Keluarga Bahagia” secara kelas, kumpulan dan individu.
  • Murid dan guru bersoal jawab tentang petikan yang dibaca.


Kemahiran membaca
BBM
Klik di bawah untuk paparan teks "Keluarga Bahagia"
Penggunaan kata panggilan dan kata ganti nama diri
Langkah 2 (20 minit):
  • Guru menerangkan fungsi kata panggilan dan kata ganti nama diri.
  • Guru meminta murid mengeluarkan kata panggilan dan kata ganti nama yang terdapat dalam petikan.
  • Guru mengarahkan murid melakonkan satu situasi yang telah diberikan  oleh guru dengan menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama yang betul.

Kemahiran lisan




Ayat tunggal
Kata kerja
Contoh  :
  1. Ibu memasak di dapur.
  2. Abang bermain bola dengan adik.
Langkah 3 (10 minit)
  • Murid dikehendaki membina ayat tunggal berdasarkan kata kerja yang diberikan oleh guru dengan menyelitkan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang telah dikenal pasti daripada petikan tadi.



Rumusan pengajaran
Penutup (6 min):
  • Guru bersoal jawab dengan murid tentang dapatan pengajaran pada hari tersebut.
  • Menekankan kembali isi pelajaran








 LAMPIRAN 1


Keluarga Bahagia

Oleh: Saujana

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya
Mungkinkah kita sering kali melupakan-Nya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.