Monday, 25 February 2013

Rancangan Pengajaran Harian Tahun 4


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tahun               :  4 Nilam
Bilangan murid  :  30 orang
Masa                :  7.30-8.30 pagi
Tema                :  Keluargaku sayang
Tajuk               :  Keluarga Bahagia



Fokus utama      :  5.1       Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan

intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.

                       Aras 1 (i) Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera
dengan intonasi yang betul


Fokus sampingan  :  8.1     Membina dan menulis perkataan ayat tunggal dan ayat
majmuk.
                     Aras 1 (i)   Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan
topik yang diberikan.



Objektif  :
Akhir pembelajaran, murid dapat :
        i)    membaca kuat teks “Keluarga Bahagia” dengan sebutan dan intonasi yang
            betul.
        ii)   menggunakan kata  panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai
             mengikut situasi dalam perbualan.
        iii)   membina ayat tunggal  berdasarkan kata kerja dengan betul.

SISTEM BAHASA
  1. Tatabahasa – Kata panggilan dan kata ganti nama diri
Pengisian kurikulum
  1. Ilmu : Pendidikan Moral
  2. Nilai : Kasih sayang
Kemahiran bernilai tambah
  1. Kemahiran berfikir - menjana idea, mengkategori
ALAT BANTU MENGAJAR
  1. Video “Lagu Keluarga Bahagia-Saujana”
  2. Teks cerita “ Keluarga Bahagia”
  3. Komputer
  4. LCD
PENGETAHUAN SEDIA ADA
  1. Murid mampu bercerita tentang keluarga mereka.
  2. Murid telah dapat menguasai kemahiran membaca berdasarkan pembelajaran sebelumnya.
ISI PELAJARAN
Aktiviti  pengajaran  dan pembelajaran
Catatan
  • Video “Lagu Keluarga Bahagia- Saujana”.
  • Soalan :
  1. Apakah keluarga?
  2. Keluarga terdiri daripada?
  3. Anda sayang keluarga anda?
Set Induksi (5 minit)
  • Guru menayangkan tayangan video lagu  "Keluarga Bahagia”
  • Murid bersoal jawab dengan guru berdasarkan video dan lirik lagu tersebut.

Kemahiran  berfikir
Nilai  : Kasih sayang
BBM  :

Rujuk LAMPIRAN 1
  • Teks “Keluarga Bahagia”
  • Soalan :
  1. Apakah peranan ayah?
  2. Apakah sifat ibu?
  3. Apakah sifat kakak?
Langkah 1 (20 minit):
  • Guru meminta murid untuk membaca kuat teks tentang “Keluarga Bahagia” secara kelas, kumpulan dan individu.
  • Murid dan guru bersoal jawab tentang petikan yang dibaca.


Kemahiran membaca
BBM
Klik di bawah untuk paparan teks "Keluarga Bahagia"
Penggunaan kata panggilan dan kata ganti nama diri
Langkah 2 (20 minit):
  • Guru menerangkan fungsi kata panggilan dan kata ganti nama diri.
  • Guru meminta murid mengeluarkan kata panggilan dan kata ganti nama yang terdapat dalam petikan.
  • Guru mengarahkan murid melakonkan satu situasi yang telah diberikan  oleh guru dengan menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama yang betul.

Kemahiran lisan




Ayat tunggal
Kata kerja
Contoh  :
  1. Ibu memasak di dapur.
  2. Abang bermain bola dengan adik.
Langkah 3 (10 minit)
  • Murid dikehendaki membina ayat tunggal berdasarkan kata kerja yang diberikan oleh guru dengan menyelitkan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang telah dikenal pasti daripada petikan tadi.



Rumusan pengajaran
Penutup (6 min):
  • Guru bersoal jawab dengan murid tentang dapatan pengajaran pada hari tersebut.
  • Menekankan kembali isi pelajaran








 LAMPIRAN 1


Keluarga Bahagia

Oleh: Saujana

Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indahnya damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang

Ketika insan lain berbahagia
Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titian rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya
Mungkinkah kita sering kali melupakan-Nya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu

Teks : Keluarga Bahagia




Tajuk : Keluarga bahagia




Setiap orang menginginkan sebuah keluarga yang bahagia. Ciri keluarga bahagia ialah semua ahli keluarga hidup dalam suasana gembira, ceria dan sentiasa sayang-menyayangi.Keluarga yang bahagia akan sentiasa menyokong satu sama yang lain dan saling bertolak ansur.

Nama ayah saya ialah Mohd Yusuf Mahmod. Ayah saya seorang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab. Beliau bekerja sebagai seorang guru.. Sebagai ketua keluarga, ayah saya telah membeli sebuah rumah yang indah sebagai tempat perlindungan kami sekeluarga.

Nama ibu saya ialah Nurhaliza Imran. Ibu saya seorang yang baik hati dan penyabar. Beliau selalu memberikan segala keperluan yang saya perlukan. Ibu saya bukan sahaja bekerja di pejabat, malah ibu saya bertanggungjawab menguruskan makan minum kami sekeluarga.

Saya mempunyai 2 orang adik beradik. Kakak saya bernama Ain Nurlisa. Saya merupakan anak bungsu. Kakak saya sering mempertahankan saya apabila budak-budak nakal cuba mengganggu saya. Saya sayang kakak saya. Beliau merupakan kakak dan juga sahabat baik saya.

Nama saya ialah Ain Dahlia. Saya berumur 10 tahun. Saya suka membantu ibu bapa saya ketika waktu lapang.Saya amat menyayangi keluarga saya. Saya bersyukur kerana diberikan sebuah keluarga yang bahagia


Set Induksi
 Video lagu  " Keluarga Bahagia"








Sunday, 24 February 2013

Huraian sukatan bahasa Melayu Tahun 5









 Hasil pembelajaran yang telah dipilih di dalam blog ini ialah hasil Pembelajaran 2 iaitu menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk. Aras yang telah  dipilih ialah aras 1 dan aras 2.  Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah berdasarkan cadangan aktiviti yang terdapat dalam huraian sukatan pelajaran KBSR tahun 5.


Model Assure

MODEL ASSURE 

Model Reka Bentuk instruksional ASSURE, (Heinich, 1982) bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Justeru itu penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan Model Reka Bentuk tersebut bagi memilih dan menggunakan media pengajaran secara umum.




Mengandungi enam langkah : 

  • Analisis ciri pelajar 
  • Nyatakan objektif 
  • Pilih media dan bahan 
  • Gunakan media dan bahan 
  • Libatkan pelajar 
  • Nilai dan semak semula media dan bahan 





1. Analisis ciri pelajar.

a) Mengenal pasti ciri-ciri umum seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas dan taraf sosioekonomi.

b) Mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry characteristics) dan pengetahuan yang sedia ada yang berkaitan dengan tajuk dan kandungan pelajaran seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap pelajar.




2. Nyatakan objektif-objektifpembelajaran secara khusus.

a) Objektif mungkin diambil dari sukatan pelajaran, panduan kurikulum atau buku teks.

b) Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati.




3. Pilih media dan bahan.

Bahan media dipilih berdasarkan kepada tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai.




4. Gunakan alat/bahan pengajaran.

a) Sediakan media dan bahan yang akan digunakan dan masa pembelajaran yang diperlukan. Contoh: Pribiu (Preview) video sebelum mengajar.

b) Kemudian sediakan media dan bahan-bahan, alat-alat serta kemudahan-kemudahan yang diperlukan.

c) Sediakan tempat belajar seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain kemudahan dan keperluan untuk belajar.

d) Sediakan pelajar. Contoh, sediakan set induksi atau nyata­kan tujuan dan objektif pembelajaran.

e) Sedia pengalaman pembelajaran. Bagaimana anda menyampaikan media? Sebagai penyampai utama atau bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus pembelajaran?




5. Libatkan pelajar.

Untuk mempastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti mem­buat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagai­nya. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta-merta diberi selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner, 1954).




6. Nilai dan semak semula bahan.

Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan bahan media itu secara menyeluruh harus dijalankan. Dalam penilaian itu soalan berikut harus difikirkan:

a. Adakah objektif-objektifpembelajaran tercapai?

b. Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran-pembelajaran? Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/bahan media dengan cara yang betul?

c. Adakah suasana pembelajaran selesa?

d. Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi?

Pengaplikasian Model Assure dalam P&P Bahasa Melayu

Model Assure

  1. Analisis ciri Pelajar
  2. Nyatakan objektif
  3. Pilih media dan bahan
  4. Libatkan pelajar
  5. Nilai dan semak semula media dan bahan



Tarikh      : 13 Februari  2013
Masa        : 0920-1020
Tema        : Nilai Murni
Tajuk        : Kisah dan Teladan
Tahun       : 5 Ciku
Bilangan murid : 20 orang
Hasil Pembelajaran  :
Fokus Utama                     :
                                Mendengar dan Bertutur
                                2.1 Aras 3 (i) Mempersembahkan cerita dengan sebutan, intonasi dan gaya penghayatan  yang sesuai.

Fokus Sampingan             :
Membaca
5.2 Aras 2 (i) Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Menulis
9.3 Aras 3 (i) Menterjemahkan maklumat yang terdapat dalam teks prosa ke dalam bentuk grafik

OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i.                     Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii.                    Bercerita berdasarkan bahan yang telah dibaca.
iii.                  Menyampaikan cerita dengan menggunakan perkataan atau ayat sendiri.
iv.                  Menterjemahkan maklumat yang terdapat dalam teks prosa ke dalam bentuk grafik.

PENGISIAN KURIKULUM
i.                     Ilmu: Pendidikan Moral
ii.                     KBT: Kecerdasan pelbagai – verbal linguistik, kinestetik dan   
          Interpersonal, natural, spatial
SISTEM BAHASA
Tatabahasa : Kata Kerja
BBM
Komputer riba, LCD, Video, teks cerita, borang pengurusan grafik, Lembaran kerja, video lagu “Pak Mamat ada Kebun”


Langkah/
masa
Isi pelajaran
Aktiviti  P&P
Catatan
Set induksi
(5 minit)
Guru menayangkan sebuah video  berkaitan dengan seekor kerbau.



1.Guru bersoaljawab  tentang video yang ditayangkan.
2.Bersoal jawab tentang  watak yang
    terdapat  dalam senikata lagu.
3.Guru memperkenalkan tajuk iaitu     
   “Kisah dan  Teladan”

BBM:
Komputer riba, LCD
Video klip
Langkah 1
(30minit)
1.Melakonkan semula  teks cerita dengan
   menggunakan teknik  boneka
2. Guru menyatakan watak-
    watak  yang terdapat dalam
    petikan tersebut iaitu:
a)       Buaya
b)       Kerbau
c)       Kancil
d)       Saji
e)       kasut

Penilaian:
Guru membimbing lakonan murid

1. Guru mengedarkan  teks  cerita kepada
    setiap  murid.
2.Murid-murid diminta  membaca
    petikan cerita dan cuba fahamkan.
3.Guru bersama-sama murid membaca
   semula petikan tersebut.
4.Guru mengarahkan murid-murid untuk menghafal skrip cerita tadi dalam kumpulan masing-masing kemudian   melakonkan watak dalam  teks  cerita  tersebut.
5. Setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang.
BBM:

Ilmu:
Pendidikan Moral

KBT:
Kecerdasan pelbagai
-kinestetik
-verbal linguistik
-natural
-spatial




Langkah 2
(10 minit)
Kata kerja yang terdapat dalam teks :
a)       bergerak
b)       menutup
c)       mencuri
d)       menolong
e)       menangkap

Penilaian : Menyemak kata kerja yang dinyatakan  oleh murid
1.Murid diminta  menggariskan  kata
   kerja yang terdapat dalam teks.
2.Guru mengedarkan borang pengurusan grafik kepada setiap murid.
3.Murid-murid diminta  melengkapkan
   borang pengurusan  grafik  tersebut.
4.Murid-murid menyenaraikan kata kerja yang telah digaris.

KBT :
Kecerdasan pelbagai :
-intrapersonal
Langkah 3
( 10 minit)
Membina ayat daripada kata kerja yang terdapat di dalam teks.

Guru membimbing murid membina ayat

Pengayaan  : Nyatakan 3 lagi kata kerja selain daripada kata kerja yang dinyatakan dalam Borang Pengurusan Grafik. Kemudian bina ayat berdasarkan kata kerja tersebut

1.Daripada kata kerja yang  dinyatakan
    tadi, murid  diminta membina ayat
   
2. Guru mengarahkan murid untuk membaca ayat yang telah dibina secara rawak.
BBM
Penutup
(5 minit)
Rumusan:
Nilai murni
 Video Lagu
“Pak Mamat Ada Kebun”

1.Murid menyatakan nilai- nilai murni
   yang dipelajari pada hari ini.
2. Murid-murid menyanyi  bersama-
   sama.

Nilai murni:
-          Kerajinan
-          Kerjasama
-          Tolong-menolong.
       



langkah 1

media : video mengenai kerbau (set induksi)





langkah 2
Teks cerita Sang Kancil dengan Buaya


Seekor buaya yang sedang berjemur ditebing sungai dengan tiba-tiba telah terhimpit ditimpa batang pokok yang tumbang. Ia pun merintih dan meraung meminta pertolongan. Raungannya itu didengari oleh seekor kerbau yang sedang makan rumput ditebing sungai itu.

Sang kerbau pun datang membantu sibuaya dengan penuh ikhlas dan penuh rasa kasihan. Setelah batang pokok itu diangkat keatas oleh sang kerbau, sang buaya pun terlepas dari himpitan dan dengan tiba-tiba ia terus menggigit kaki sang kerbau. Sang kerbau pun meraung meminta pertolongan dan merayu kepada sang buaya supaya beliau bersikap adil supaya tidak membahamnya kerena beliau telah pun membuat jasa.

Pada masa yang sama ternampaklah mereka akan sebuah tudung saji buruk yang hanyut dibawa arus. Lalu mereka bertanyalah kepada tudung saji itu tentang samaada patutkah sikap sang buaya bersikap sedemikian.

Tudung saji menjawab sang buaya memang patut berbuat sedemikian kerena berdasarkan pengalamannya dia telah dibuang kesungai oleh tuannya apabila keadaannya telah buruk dan telah digantikan dengan tudung saji yang baru. Semasa beliau masih baru dan cantik mereka meletakkan beliau ditempat-tempat yang mulia. Dia digunakan beberapa lama sehingga ia menjadi buruk dan rosak kemudiannya dibuang begitu sahaja. Bakti beliau untuk melindunigi makanan selama ini tidak lagi menjadi perhitungan oleh tuannya untuk mereka disimpan atau dimuliakan lagi.

Oleh itu dia berpendapat adalah adil bagi sang buaya memakan sang kerbau kerena jasa atau budi lama yang lalu sememangnya selalu tidak perlu diambil kira. Tudung saji itu pun terus hanyut. Seketika kelihatan pula tikar buruk yang hanyut terapung dipermukaan air sungai itu. Lalu mereka pun bertanya seperti apa yang ditanyakan kepada tudung saji tadi.

Tikar buruk itu menjawab dengan jawaban yang serupa seperti yang dijawab oleh tudung saji tadi dan dia pun terus hanyut meninggalkan mereka. Sang buaya pun berpuas hati dan mula menarik kerbau itu kedalam air. Tetapi entah macam mana sang kancil telah melewati ditempat kejadian itu dan sang kerbau pun meraung meminta pertolongan.

Sebagai memenuhi permintaan sang kerbau untuk mendapatkan keadilan, sang kancil pun memohon pada sang buaya untuk melakunkan kembali kejadian itu dari mula. Sang buaya bersetuju dan batang pokok tadi pun diletakkan kembali diatas belakangnya.

Sang kancil pun meminta sang kerbau berlalu dari situ dan sang buaya pun ditinggalkan mereka dalam keadaannya kesakitan dihimpit oleh batang pokok seperti keadaan mula-mula tadi. Sambil berjalan sebelum berpisah, sang kancil berpesan pada sang kerbau supaya dilain masa berhati-hati jika hendak memberi pertolongan.





Langkah 3

Borang Pengurusan Grafik


Nama :
Kelas:
Tarikh:

Gariskan kata kerja yang terdapat dalam teks.  Senaraikan kata kerja yang telah digariskan ke dalam ruangan kosong yang telah disediakan.

Kerbau mendekati suara itu. Rupa-rupanya ada seekor buaya ditindih oleh pokok kayu, betul-betul di tengah belakangnya. Oh, buaya! Kenapa ini?" tanya kerbau. "Tolong aku, kerbau! Aku ditimpa oleh pokok yang tumbang. Aku tidak boleh bergerak. Berat sungguh batang kayu ini," jawab buaya.  Kerbau kasihan melihat buaya. Kerbau cuba mengangkat kayu itu dengan tanduknya. Apabila batang kayu terangkat, buaya cepat-cepat melepaskan dirinya. Sebaik-baik sahaja kerbau menghumban kayu itu ke bawah, buaya segera menangkapnya. "Eh, buaya! Kenapa ini?" tanya kerbau apabila dirasai kakinya digigit buaya. "Aku hendak makan kau. Hari ini kau menjadi rezeki aku", jelas buaya sambil menggigit lebih kuat lagi. "Kaulah binatang yang amat jahat dalam dunia ini. Tidak tahu membalas budi. Orang berbuat baik, kau balas jahat," kata kerbau.

"Sepatutnya buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat", sambung kerbau lagi. "Aku tidak peduli", jawab buaya. Kerbau cuba menanduk buaya tetapi buaya menguatkan lagi gigitannya. Kerbau tidak mampu melepaskan diri kerana berada dalam air. Kalau buaya menariknya ke bawah tentulah ia akan lemas.  Kerbau merayu supaya buaya tidak membunuhnya. "Janganlah bunuh aku, buaya! Aku pun mahu hidup. Kau makanlah benda lain", kerbau merayu. Tetapi buaya tetap tidak peduli. "Aku boleh melepaskan kau tetapi dengan satu syarat," kata buaya. "Apakah syaratnya?" tanya kerbau. "Kita cuba dapatkan jawapan, betul atau tidak bahawa berbuat baik dibalas baik? Kita tanya apa-apa yang lalu di sini," ujar buaya. "Kalau jawapannya sama sebanyak tiga kali, aku akan bebaskan kau," ujar buaya lagi.







Langkah 4








Langkah 5 (penutup)






 Refleksi (menyemak dan menilai kembali bahan) 


 Sesi pengajaran dan pembelajaran pada kali ini lebih banyak menggunakan bahan media contohnya video. Bantuan tayangan video dapat membantu murid dalam membina visual mengenai isi pengajaran yang cuba disampaikan oleh guru. Penggunaan pengetahuan sedia ada murid contohnya penggunaan  haiwan ternakan seperti kerbau memudahkan murid untuk memahami dan membina pengetahuan baru. Penggunaan bahan media seperti video juga dapat menarik minat murid untuk belajar. Media ini juga menjimatkan masa guru untuk bercakap. Hal ini kerana, tayangan video dapat mengurangkan masalah kekurangan masa, ruang dan pancaindera. Contohnya, objek besar dapat digamtikan dengan gambar atau model, manakala objek kecil pula dapat dipaparkan melalui projektor. Secara tidak langsung, penggunaan media ini sangat membantu dalam sesi  pengajaran dan pembelajaran.
kelemahan bagi bahan media seperti video ini ialah ia melibatkan penggunaan peyemakan semula bahan.